Tuesday, November 24, 2009

SDS dan TDI

  1. Manusia dipisahkan oleh manusia lain secara puratanya pada tahap 'six degrees of separation'. Kajian oleh Stanley Milgram pada tahun 1960, dengan membuat penelitian kepada beberapa ratus orang manusia yang tinggal di Nebraska yang diberi tugasan untuk menyampaikan surat kepada ahli perniagaan di Boston, yang berjarak lebih dari seribu batu.

  2. Kajian mendapati secara purata selepas 6 kali 'hops' maksudnya dari seorang kepada kawannya yang difikirkan paling sesuai untuk menyampaikan surat itu dan dari kawan itu pula kepada kawan yang lain dan seterusnya.. secara purata selepas 6 susulan penghantaran dari tangan ke tangan maka surat itu pun sampai kepada ahli perniagaan tersebut.

  3. Kajian ini diperkukuhkan pula oleh Physicist-turned-Sociologist Duncan Watts, Peter Odds dan Roby Muhamad yang bercadang mengulang semula kajian Milgram tersebut pada skala global dengan menggunakan e mail pula sebagai mode perhubungan. Mereka telah merekrut 98 ribu subjek (orang), kebanyakan dari USA untuk menghantar mesej kepada pelbagai 'targets' di seluruh dunia.

  4. Target pula telah ditentukan hendaklah dipilih dari satu senarai yang telah dikenalpasti. 18 kemungkinan target telah dipilih dari 13 buah negara. Antara yang disenaraikan adalah Profesor di Ivy League University, Technology Consultant di India, polis di Austria, Veterinarian dalam angkatan tentera Norway dan lain lain lagi. Ringkasnya, penemuan mereka juga mendapati secara purata hanya ada 6 langkah untuk menyampaikan mesej kepada targeted person yang disenaraikan itu.

  5. Alangkah kecil dunia ini. Kita hanya dipisahkan dengan sebilangan besar orang lain oleh six degree separation sahaja. Saya gunakan sebilangan besar, maksudnya bukan semua, kerana kita perlu memahami urutan berikutnya iaitu Three Degrees of Influence Rule (TDI)

  6. TDI memperihalkan setiap yang kita lakukan akan membuakkan kesan kepada kawan (one degree), kawan kepada kawan (two degree) dan kawan kepada kawan kepada kawan (three degree). TDI boleh terpakai kerana pembuakkan kesan gelombang ini akan mempengaruhi sikap, perasaan, kelakuan dan pelbagai fenomena lain seperti pandangan politik, berat badan dan juga kadar kegembiraan dalam hidup.

  7. Ada 3 sebab mungkin, kenapa pengaruh kita terbatas kepada tahap three degrees sahaja. Pertama, intrinsic-decay-explaination (IDE). Maknanya, semakin jauh pengaruh itu tersebar dan menjarak dari sumber asal semakin tidak jitu maklumat yang tersebar dan semakin menipis pula buakkan kesan pengaruh tersebut.

  8. Kedua, network-instability explaination (NIE). Dalam kata lain, hilang atau terputus hubungan yang mengikat. Misalnya jiran yang berpindah, kawan yang terputus silaturahim, rakan taulan yang meninggal dunia dan sebagainya. Kesemua ini akan menyebabkan ujudnya jarak yang memisahkan.

  9. Ketiga, evolutionary-purpose explaination (EPE). Kita mungkin akan mampu mempengaruhi mereka yang duduk dalam kelompok kejiranan atau tempat kerja. Soalnya berapa lama kita akan kekal berada dalam kelompok itu. Kita tidak akan kekal lama berada dalam dalam sesatu kelompok itu bagi membolehkan pengaruh kita merebak ke peringkat melampaui tahap three degrees. Barangkali, sekadar mengambil contoh Nelson Mandela, Mahatma Ghandi, Mao Tze-tung, Lee Kuan Yew, Mahathir Mohamad antara beberapa nama manusia moden yang dapat menjangkaui ke tahap four degrees, kerana itulah pengaruh mereka kekal lama dan jauh tersebar.

  10. Dengan segala keterbatasan ini, kalau kita bolah 'connected' kepada sebilangan besar orang melalui SDS dan kita boleh mempengaruhi mereka sehingga tahap TDI sahaja pun, kita sebenarnya telah ditakdirkan untuk mampu berhubung dengan sebegitu ramai manusia. Katakan kita ada 20 orang kawan.. 20 orang sahaja..

  11. Setiap seorang dari 20 0rang kawan kita itu pula ada 20 orang kawan yang tidak bertindan lapis dengan kawan kita tadi, manakala setiap orang kawan dari kawan kita tadi pula ada 20 orang kawan..mengambil Three Degrees of Influence Rule, kita akan ada daya pengaruh kepada 20 x 20 x 20, bersamaan dengan 8000 orang.. WOW..

No comments:

Post a Comment