Tuesday, November 24, 2009

MINDA CINA SIRI 1

1. Nama China dalam bahasa mandarin adalah Zhong Guo yang membawa maksud Middle Kingdom. Nama ini diguna pakai tatkala China merasakan mereka adalah manusia termaju dan paling bertamadun di atas muka bumi dan mereka melihat manusia yang berada di luar sempadan atau di mana jua di lain tempat sebagai barbarians. Nama China mungkin berasal dari dinasti Qin (chee) ataupun shina (shee-nah), suatu tempat yang luas dan menjadi sebahagian dari China sekarang ini.

2. Lebih dari 90% penduduk China adalah kalangan Han Chinese. Etnik ini boleh ditelusuri sebermula dari dinasti Han (206 BC - 220 AD) yang dianggap salah satu dari dinasti terhebat dalam sejarah China. Kedapatan juga 53 etnik minoriti Cina dengan dialek masing masing.



3. China adalah negara ketiga terbesar di dunia selepas Russia dan Canada, dengan 1.3 bilion penduduk. Terdiri dari 23 buah wilayah dengan 5 buah wilayah autonomi iaitu Guangxi, Inner Monggolia, Nangxia, Tibet/Xixang dan Xinjiang. Terdapat 4 buah perbandaran yang mempunyai penduduk melebihi 10 juta orang iaitu Beijing, Chungqing, Shanghai dan Tianjing. Setiap perbandaran ini mempunyai struktur kerajaan sama seperti wilayah. Manakala Hong Kong dan Macau dipanggil kerajaan pemerintahan sendiri SARs singkatan dari Special Administrative Regions.

4. Ada 7-10 bahasa di China (bergantung kepada siapa yang membuat kiraan) dan beberapa banyak dialek. Bahasa bahasa utama adalah Putonghua (mandarin) , Yue (Cantonese), Wu(Shanghaiese), Gan, Keija (Hakka), Min (Fuzhou) dan Xiang. Semua bahasa ini 'tonal'- bermakna banyak perkataan yang serupa akan membawa maksud berbeza bergantung kepada tone yang yang digunakan ketika menyebut perkataan tersebut.Mandarin dipertuturkan oleh 850 juta orang, Wu oleh 90 juta orang dan Yue atau cantonese pula dipertuturkan oleh 80 juta orang meliputi kawasan Guangdong, Hong Kong dan Macau serta sebahagian besar penduduk Cina seberang laut.



5. Sesuatu yang menarik tentang bahasa bahasa Cina ini, walaupun perbendaharaan kata (vocabulary) dan sebutan (pronounciation) setiap bahasa adalah berbeza, tetapi semua bahasa bahasa Cina ini ditulis dalam 'ideographic characters' yang serupa..sementara orang Cina yang tidak multilingual tidak mungkin boleh memahami dialek yang dipertuturkan oleh orang Cina yang lain, tetapi mereka akan boleh membaca dan memahami apa yang ditulis oleh orang Cina yang lain, kerana 'bahasa' tulisan mereka adalah sama.




6. Perkembangan menarik ini adalah faktor primer yang memungkinkan budaya Han tersebar luas ke sebelah timor dan tengah China dan sehingga hari ini menjadi elemen utama yang menjadi kebersamaan mengikat orang orang Cina


7. Usaha untuk menjadikan Mandarin sebagai bahasa rasmi di China, bermula seawal tahun 1913 tetapi tidak begitu berjaya lantaran kekacauan politik dan keresahan sosial pada era tersebut. Begitupun, sebaik sahaja Mao tze-tung mengambil alih kerajaan pada tahun 1949, beliau telah mengistiharkan Mandarin, bahasa yang dipertuturkan di sekitar Beijing sebagai bahasa kebangsaan untuk seluruh Republik Rakyat China (PRC).

8. Pandangan jauh Mao Tze-tung itu menjadikan Mandarin mula dipertuturkan secara meluas hari ini. Mandarin Chinese hanya mempunyai 4 tones (sedangkan bahasa bahasa Cina yang lain ada kalanya mempunyai 8 tones). Ini menjadikan Mandarin paling mudah untuk dikuasai oleh orang bukan Cina berbanding dengan bahasa Cina yang lain..

9. Pada 11 Februari, 1958, satu undang undang telah diwujudkan bagi menjadikan pinyin atau 'roman transcription' sebagai satu sistem penulisan rasmi bahasa Cina dalam huruf Roman. Dengan tekad ini, lebih dari satu bilion orang Cina telah tahu menulis dalam abjad roman dan ianya telah memberikan impak yang besar kepada pengantarabangsaan ekonomi dan budaya Cina ke persada dunia dan hari ini China telah mula di geruni sebagai kuasa ekonomi dunia




No comments:

Post a Comment